Pesta Buku Utara 2017 @ UUM
Pada hari Ahad yang lalu iaitu 26 Februari 2017, saya dan rakan-rakan telah melawat Pesta Buku Utara 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM). Pesta tersebut diadakan di "Foyer Library" Universiti Utara Malaysia pada 26 Februari (Ahad) sehingga 4 Mac 2017 (Ahad) iaitu sepanjang minggu. Pesta tersebut adalah dianjurkan oleh UUM Press dengan kerjasama Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan disokong oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
Slogan yang digunakan oleh pesta tersebut adalah "Cintai Buku Kuasai Ilmu". Slogan tersebut adalah sangat bermakna supaya menggalakkan para mahasiswa dan mahasiswi dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang diperlukan. Para pelancong boleh mendapat pelbagai jenis buku di pesta tersebut dengan pihak penerbitan yang terkenal di Malaysia seperti Pelang dan Gemilang UUM Press, penerbit UKM, penerbit UNIMAP, pnerbit UTM juga menyertai pesta tersebut.
Pesta tersebut mewujudkan peluang kepada para mahasiswa dan mahasiswi bahawa membeli buku yang jurang ditemui di pasaran oleh pihak penerbit khas. Terdapat diskaun terhadap sebahagian jenis buku. Saya berharap kawan-kawan dapat mengambil peluang ini untuk membeli buku-buku yang sangat bermakna.


No comments:
Post a Comment